Ads 468x60px

Tuesday, January 22, 2013

Waktu Solat Countdown


Assalamulaikum, hari ini admin nak kongsi cerita sedikit pasal waktu solat countdown dimana pengguna boleh menggunakan code generator untuk menjana kod pada gadget /widget pada blogger. Pengguna boleh menggunakan waktu solat geolocator untuk jejak lokasi dimana pengguna berada. Apa yang menariknya , jika sebelum ini, waktu solat hanya terhad kepada pengguna di Malaysia namun versi yang baru ini telah dapat menghasilkan widget Solat seluruh dunia. Kiraan solanya adalah berdasarkan koordinat kedudukan kawasan. Tambahan pula, disediakan countdown time untuk solat. Jadi tidak hairan lah kalau pengguna tidak tertinggal solat kerana segala kemudahan telah sedia ada. Admin sempat ambik screen shot untuk tontonan umum. Di bawah ini gambar yang sempat admin ambik.








Cara-cara untuk memasang
  1. Dapatkan kod dari Waktu Solat Generator (setelah masuk latitude,longtitude,size dan sebagainya).
  2. Sila gunakan Waktu Solat Geolocator untuk mendapatkan lokasi anda (latitude dan longitude)
  3. Buka paparan Layout atau Design (jika anda menggunakan dashboard yang lama).
  4. Klik add gadget
  5. Kemudian pilih HTML/JAVASCRIPT
  6. Selepas itu masukkan kod yang telah anda salin dari Generator tu ke dalam ruangan content.
  7. Save.

Sekian sahaja untuk hari ini untuk dikongsikan bersama harap-harap dapat sedikit maklumat ini dapat membantu orang lain ketika kesusahan mencari widget yang sesuai untuk bloggernya. 


Writer,

No comments:

Post a Comment

No spam comment, please. I will delete out of topic comments

 
 
Copyright 2013© All Rights Reserved jfkbling.blogspot.com